BLENDED LEARNING IN MALAYSIA

Overview of Blended Learning in Higher Education in Malaysia
Institution-wide blended learning policies and initiatives.

PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)
PENGENALAN
Dasar pembelajaran teradun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaysia merujuk kepada inisiatif untuk menyediakan satu kerangka pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep 1 Malaysia dan Model Baru Ekonomi (MBE). Pembaharuan dalam sistem pendidikan amat perlu dalam menghasilkan impak positif kepada keberhasilan pelajar dan seterusnya menyediakan para pelajar bagi menghadapi cabaran globalisasi abad ke 21 ini.


DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN
Persekitaran sistem pembelajaran di peringkat sekolah mahupun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang wujud dari proses pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran secara langsung akan menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bercampur pendekatannya atau dipanggil Blended Learning. Pencampuran yang dimaksudkan adalah antara pembelajaran 69 bersemuka berlaku antara guru dan pelajar serta pembelajaran berbentuk atas talian dengan menggunakan teknologi sebagai medium utama dalam proses pembelajaran. Menurut Wayne (2012), persekitaran pembelajaran yang wujud dari percampuran pendekatan ini telah diterima dan diiktiraf di banyak negara sebagai satu strategi instruksional yang dikenali sebagai pendekatan pembelajaran bercampur (Pembelajaran Teradun). Pendekatan pembelajaran ini telah menjadi amalan dan diyakini oleh ramai pengamal atau ramai pendidik dalam bidang pendidikan di seluruh dunia. Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan Pembelajaran Teradun terhadap hasil pembelajaran dan pengajaran serta kesannya terhadap pelajar. Secara umumnya, hampir keseluruhan dapatan kajian ini telah pun membuktikan bahawa pendekatan ini mampu membawa kesan positif kepada hasil pembelajaran pelajar (Nur Syamimi & Noraffandy, 2010).
Persekitaran pembelajaran yang mengandungi sifat-sifat pembelajaran menerusi alam maya, kandungan atas talian, kolaboratif, penilaian dan rujukan bahan atas talian merupakan pendekatan pembelajaran Pembelajaran Teradun. Huang, Ma, & Zhang (2008) menyatakan ciri serta sifat VLE yang pelbagai serta dinamik, sememangnya mampu menjadi platform utama dalam melaksanakan pendekatan Pembelajaran Teradun. Pembelajaran Teradun dinilai sebagai satu strategi instruksional kerana ianya dijayakan melalui gabungan berkesan medium persekitaran maya (VLE) dan interaksi bersemuka dalam bilik darjah. Dengan ini, kita dapat merumuskan bahawa amalan pembelajaran guru di dalam bilik kuliah dengan menggunakan VLE Frog sebagai medium utama pembelajaran adalah menepati konsep pendekatan pembelajaran yang dipanggil sebagai Pembelajaran Teradun. Pembelajaran Teradun merupakan gabungan efektif kaedah penyampaian yang dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan berfungsi untuk menyokong gaya pembelajaran kendiri pelajar. Manakala, dalam usaha menerangkan konsep Pembelajaran Teradun, ini adalah pencampuran model pembelajaran konvensional dengan pembelajaran secara online, dan secara umumnya iaitu Pembelajaran Teradun merupakan gabungan pembelajaran bersemuka (face-to-face instruction) dan pembelajaran berpengantara teknologi atas talian (online-mediated instruction).


JUSTIFIKASI PEMBELAJARAN TERADUN
Sehubungan dengan itu, perkembangan teknologi pendidikan yang bermula dengan penggunaan komputer peribadi pada awal tahun 1980an telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, terutamanya di Institusi pengajian tinggi (IPT). Pada awal tahun 1991, Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohammed telah membentangkan Wawasan 2020. Antara lain, menjelang tahun tersebut. Malaysia harus kaya dengan kemahiran teknologi maklumat dan bersedia bersaing dengan negara maju. Selari dengan perkembangan dunia luar, kebanyakan IPT di Malaysia amnya telah bergerak ke arah e-pembelajaran. Universiti pertama yang menggunakan e-pembelajaran sepenuhnya ialah Universiti Tun Razak, diikuti oleh Universiti Multimedia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Terbuka Wawasan dan yang terbaru, Asia e University.
Di Malaysia, pada masa ini terdapat 20 buah universiti awam dan 45 buah universiti dan universiti kolej swasta (20 universiti, 5 universiti antarabangsa dan 20 universiti-kolej) (Ministry of Higher Education, 2009) dan 24 Politeknik dan 37 Kolej Komuniti pada tahun 2007 (Ministry of Higher Education, 2007). Pertambahan bilangan IPT menunjukkan terdapat permintaan terhadap pendidikan tinggi. Justeru, banyak universiti di Malaysia telah dirancang untuk menggunakan e-pembelajaran dan Pembelajaran Teradun (Raja Hussain, 2004). Kementerian. Pendidikan mempunyai perancangan strategik untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam Pembelajaran Teradun (Hassan, 2002; Raja Hussain, 2004, Goi & Ng, 2009). IPT menggunakan pendekatan e-pembelajaran dalam dua cara umum: secara total atau secara blended learning iaitu gabungan antara pembelajaran konvensional dan pembelajaran dalam talian (PDT). Di Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) adalah antara universiti yang telah lama memanfaatkan penggunaan e-pembelajaran secara blended learning sebagai mode pengajaran utama. OUM telah mula beroperasi pada tahun 2001 dengan 753 orang pelajar. Pada awal tahun 2009, jumlah pelajar OUM telah meningkat kepada 78,000 pelajar (Abas, 2009). Jumlah kemasukan pelajar yang begitu ramai di beberapa buah institusi pengajian tinggi ini menunjukkan e-pembelajaran telah diterima DASAR e-PEMBELAJARAN NEGARA (DePAN) 12 sebagai setaraf dengan pembelajaran konvensional. Pelajar dan pemegang taruh atau stakeholders merasa yakin bahawa e-pembelajaran tidak menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran malahan setimpal dengan cara bersemuka.


PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP PELAJAR
Satu perkara yang menarik dalam abad ke 21 ini ialah kemunculan generasi pelajar yang dipanggil generasi Y atau digital natives. Mereka ini lahir pada tahun 1980an iaitu bila komputer peribadi diperkenalkan. Tahap literasi teknologi yang tinggi dan capaian maklumat yang meluas melalui Internet di kalangan pelajar remaja telah membentuk satu generasi Y yang aktif dan inovatif dalam aspek pembelajaran. Mereka akan sentiasa mendapatkan maklumat menggunakan peralatan seperti telefon bimbit dan komputer riba. Selain itu peruntukan juga diperlukan untuk melatih pensyarah, pelajar dan kakitangan sokongan untuk meningkatkan kompetensi mereka dalam pengendalian Pembelajaran Teradun ini.


KESIMPULAN

Justeru, saya dapat memberi kesimpulan bahawa pembelajaran elektronik atau lebih khusus pembelajaran dalam talian (PDT) (online learning) dan pembelajaran teradun (blended learning)  dapat menjadikan pelajar lebih aktif and bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep pembelajaran bertumpukan pelajar melalui teknologi pembelajaran teradun dijangka dapat melahirkan graduan dan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Malaysia yang lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta boleh bersaing di persada antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

TPACK ANALYSIS : The Crucial Factors To Intergrate Technology In Teaching And Learning

Antara faktor penting yang mendorong kepada perancangan mengintergrasikan penggunaan kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembel...