TPACK ANALYSIS : The Crucial Factors To Intergrate Technology In Teaching And Learning

Antara faktor penting yang mendorong kepada perancangan mengintergrasikan penggunaan kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepakaran individu dalam penggunaan teknologi ICT berdasarkan faktor usia dan peribadi. Kedua, sokongan daripada dasar dan polisi pihak kerajaan juga boleh membantu ahli akademik untuk mendorong ke arah penggunaan teknologi ICT dalam kelas. Ketiga, subjek matapelajaran yang diajar oleh para guru juga memainkan peranan penting contohnya jika guru tersebut mengajar subjek sains komputer di makmal komputer, maka kecenderungan untuk menggunakan teknologi dalam kelas itu lebih tinggi. Keempat, penyediaan kelengkapan alat teknologi seperti komputer, projector dan sebagainya di sekolah-sekolah atau institut pengajian tinggi juga boleh membantu penggunaan teknologi ini. Kelima, kursus latihan professional dalam penggunaan teknologi ICT juga perlu disediakan kepada para guru dan pensyarah dari semasa ke semasa. Kebanyakan para guru juga kurang keyakinan terhadap kemahiran teknologi ini. Faktor keenam ialah kegagalan para guru dalam penggunaan kemahiran teknologi untuk memberikan penilaian formatif yang berkesan dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

TPACK ANALYSIS : The Crucial Factors To Intergrate Technology In Teaching And Learning

Antara faktor penting yang mendorong kepada perancangan mengintergrasikan penggunaan kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembel...