ASSIGNMENT 1 : ARTICLE SUMMARY : IT IN EDUCATION

Artikel 1 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK DI ZON KAJANG, SELANGOR.

Berdasarkan artikel “Teknologi Maklumat  Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Matematik di Zon Kajang, Selangor “, penulis oleh Siti Zaleha Hamid dan Siti Mistima dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kajang, Selangor telah menjelaskan pandangan mereka tentang tahap penggunaan, kemahiran dan keyakinan guru dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh guru-guru matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan guru matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Penulis juga ingin menentukan tahap keyakinan guru-guru matematik dalam mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
Kajian kes berbentuk tinjauan ini melibatkan 88 responden guru-guru Matematik sekolah rendah di zon Kajang yang melibatkan lima belas buah sekolah. Data yang dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package of Social Sciences’ (SPSS). Analisis dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, min dan sisihan piawai.
Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan transformasi pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Dengan itu, guru sebagai agen perubahan perlu mengguna, meneroka kemahiran yang terdapat dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang bukan sahaja bertujuan menyampaikan isi kandungan di dalam kelas serta berkeyakinan diri dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga teori pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini iaitu teori behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme. 
Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru Matematik berada pada tahap sederhana. Namun mereka berkemahiran tinggi dalam penggunaan TMK dan bersikap positif serta berkeyakinan tinggi dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini memberi implikasi bahawa perlunya usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan pengintegrasian TMK dalam kalangan guru agar mereka mengamalkan strategi pengajaran yang lebih efisien dan dinamik. Meskipun dapatan menunjukkan guru mahir dalam TMK, namun kemahiran yang sedia ada perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar penggunaan TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik dilaksanakan dengan baik. Tambahan pula persekitaran pembelajaran perlu melibatkan pelbagai strategi, media, perisian serta alat yang berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi memastikan kecemerlangan pelajar serta menarik minat murid dalam pembelajaran.

Artikel 2 : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB.

Berdasarkan artikel ini “Persepsi pelajar terdahap penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Arab”, penulis oleh Norhayati Che Hat, Shaferul Sha’ari dan Mohd Fauzi Abdul Hamid dari Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu, Jurnal Teknologi (Social Sciences), 63:1, page 25-29  telah  menjelaskan pandangan mereka tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran guru setelah menbggunakan animasi sebagai bahan bantu mengajar di samping mencapai objektif pembelajaran. Dalam kajian kualitatif ini penulis mengambil kira kajian yang telah dilakukan oleh penulis lain dimana pembelajaran melalui animasi meruapkan pembelajaran secara berhibu, menarik minat pelajar meransang lima deria pelajar secara tidak lansung menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan efektif di samping memperolehi saluran verbal dan visual menjadikan pembelajaran Bahasa lebih efektif secara tidak lansung dapat memberi motivasi dan emosi pelajar.
Penulis mengemukakan kelemahan tidak menggunakan teknologi melalui kajian kajian yang lalu dimana wujud dikalangan pendidikn yang tidaka dapat menguasaiBBM  berasaskan internet, grafik, video, kaset penggunaan rajah dan computer dan keadaaan ini mejejaskan minat dan penguasaan kemahiran dilakangan pelajar. Implikasi scenario ini menyebababakn penulis melakukan satu kajian dan mengetengahkan justifikasi, kerelevanan penggunaaan animasi sebagai (BBM) Bahasa Arab dengan memberi penekanan terhadap kemahiran utama dalam pemerolehaan bahasa iaitu kemahiran mendengar dan membaca teks bahasa arab juga kemahiran bertutur yang melibatkan proses imitasi pelajar terhadap perkataan yang didengar dan dibaca.
            Dalam sampel kajian yang dilakukan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSza), kampus Gong Badak, Terengganu. Seramai 40 orang  pelajar yang mengikuti pengajian diploma dari Fakulti Informatik dan Fakulti pengurusan yang tidak mempunyai asas pengajian bahasa Arab.
Hasil kajian item yang paling tinggi adalah penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa arab dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria yang paling tinggi sebanyak 65% iaitu seramai 13 orang. Keadaan ini berlaku disebabkan  reka bentuk bahan bantu mengajar seperti video, gambar, suara, video, suara lagu yang sesuai. Kajian penulis disokong lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Siti Fatimah dan Ab. Halim (2010) yang mendapati bahawa BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran guru dapat meransang dan menyuntik minat pelajar terhadap pembelajaran dan gaya penyampaian guru dalam bilik darjah.
Penulis menekanankan bahawa guru-guru yang mengajar bahasa Arab perlulebih inovatif dan kreatif untuk memberi didikan yang terbaik kepada nanak-anak murid di samping pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu berperanan melengkapkan kemudahan yang secukupnya seriring dengan era teknologi yang mendatang.

Artikel 3 : TEACHERS’INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY COMPETENCES : A STRUCTURAL APPROACH

            Berdasarkan artikel “Teachers' information and communication technology competences : a structural approach “, penulis oleh Gonzalo Almerich, Natividad Orellana, Jesús Suárez-Rodríguez dan Isabel Díaz-García dari Fakulti Falsafah Dan Pendidikan Sains, Universiti Valencia di Sepanyol telah menjelaskan pandangan mereka tentang untuk bagaimana kita mahu mewujudkan rangka gerak kerja yang membentuk rekabentuk dalam kepakaran bidang ICT dari sudut teknologi dan pengajaran serta pembelajaran terhadap sebilangan tenaga pengajar dalam semua peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Instituti Pengajian Tinggi. Selain itu, penulis jug memfokuskan kepada kepelbagaian keperibadian individu dan faktor kontekstual mempengaruhi rekabentuk pembelajaran ini.
Untuk mencapai tujuan ini, kajian berkenaan analisis sekunder telah dilakukan dengan pengumpulan data daripada dua kajian reka bentuk yang berbeza berdasarkan tinjauan terhadap guru-guru ICT yang terdiri daripada seramai 1,095 lelaki dan perempuan dalam semua peringkat samada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi dalam masyarakat Valencia di timur Sepanyol.
Multiple Indicators and Multiple Causes Model (MIMIC) telah digunakanpakai bagi mengesahkan model kompetensi guru-guru dalam menilai kepakaran penggunaan ICT.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi tenaga pengajar dalam menggunakan ICT mampu membentuk satu model yang terdiri daripada dua rekabentuk iaitu kompetensi teknologi dan kompetensi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, kompetensi teknologi mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Penulis juga mendapati bahawa factor keperibadian seseorang dan faktor kontekstual suasana persekitaran memberi kesan yang baik terhadap kepakaran penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, artikel ini sangat membantu memudahkan rangka gerak kerja ICT dijalankan. Selain itu, model asas ini sistem kompetensi ICT harus menjadi elemen penting untuk dijadikan bahan modul kursus dan latihan terhadap tenaga pengajar dalam memantapkan penggunaan  ICT. Justeru, artikel ini juga menunjukkan bagaimana pengaruh faktor keperibadian individu dan kontekstual mesti dijadikan panduan ketika merancang untuk membangunkan modul kursus latihan terhadap para guru.
Dalam dapatan kajian ini, penulis telah menimbulkan beberapa persoalan penting untuk dicapai antaranya ialah adakah model kompetensi asas ICT wujud kepada para guru? Adakah model asas ICT terdedah kepada semua guru dalam semua proses pengajaran? Adakah factor keperibadian individu dan kontekstual memainkan peranan dalam mempengaruhi model kompetensi ICT?
Sampel kajian telah dijalankan terhadap para guru lelaki dan perempuan yang bekerja di Sekolah Rendah, Sekolah Pendidikan Menengah dan Universiti di Valencia. Hasil kajianya pula disusun dalam dua bahagian. Bahagian pertama menerangkan tentang  teknologi guru dan kecekapan pedagogi. Yang kedua pula menggambarkan bagaimana model kompetensi ICT dapat dijadikan dasar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah berdasarkan soal selidik yang mengandungi lapan bahagian utama. Antaranya ialah sasaran guru, pengaksesan kepada peralatan computer, tahap pengetahuan ICT, kaedah penggunaan ICT, perubahan ICT ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keperluan bentuk modul latihan dalam kedua-dua sumber teknologi dan penggunaan ICT, sikap kecenderungan terhadap ICT dan halangan dalam penggunaanya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN ARTIKEL :

Siti Zaleha Hamid & Siti Mistima Maat (2016), Teknologi Maklumat  Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Matematik di Zon Kajang, Selangor, (page 677-684),  Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor.

Norhayati Che Hat, Shaferul Sha’ari dan Mohd Fauzi Abdul Hamid (2013),  Persepsi Pelajar Terdahap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Arab, Jurnal Teknologi (Social Sciences), 63:1, page 25-29, Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu.


Gonzalo Almerich, Natividad Orellana, Jesús Suárez-Rodríguez dan Isabel Díaz-García (May 2016), Teachers' Information And Communication Technology Competences: A Structural Approach, Computers & Education (2016), doi: 10.1016/j.compedu.2016.05.002. Faculty of Phylosophy and Sciencies Education, University of Valencia, Spain.

No comments:

Post a Comment

TPACK ANALYSIS : The Crucial Factors To Intergrate Technology In Teaching And Learning

Antara faktor penting yang mendorong kepada perancangan mengintergrasikan penggunaan kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembel...