TPACK Survey : My Findings of TPACK Analysis

Berdasarkan data yang saya perolehi daripada TPACK analisis ini ialah rata-rata kebanyakkan yang menjawab persoalan yang disediakan sebanyak 7 bahagian ialah antara skala 3-5 iaitu skala neutral sehingga sangat setuju. Responden yang menjawab pula majoritinya ialah perempuan dan minoriti lelaki yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dan kerjaya. Ada yang terlibat sebagai ahli akademik iaitu guru dan pensyarah (pensyarah KUIPs). Ada juga yang pesara guru, kakitangan kerajaan dan swasta serta mahasiswa Ijazah Sarjana Muda yang masih belajar di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Pengalaman ICT mereka juga berbeza-beza mengikut kecenderungan dan persekitaran mereka. Kesimpulan yang boleh saya buat daripada dapatan kajian TPACK analisis ini ialah kebanyakkan daripada mereka memiliki pengetahuan tentang teknologi ICT, tetapi kurang perlaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bergantung kepada aspek pengalaman, individu, dasar polisi pihak kerajaan, subjek yang diajar, persekitaran dan kursus latihan yang didedahkan kepada responden ini.

Semoga memberi manfaat kepada generasi pendidikan abad ke-21.

No comments:

Post a Comment

TPACK ANALYSIS : The Crucial Factors To Intergrate Technology In Teaching And Learning

Antara faktor penting yang mendorong kepada perancangan mengintergrasikan penggunaan kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembel...