WHAT IS 21 ST CENTURY SKILLS ?


1)      to discuss on 21st century skills (what is)
Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran ini adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar berdaya saing pada millennium baru. Kemahiran ini dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini.
Antara kemahiran abad ke-21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika zaman dahulu, literasi Cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke-21.

2)      how to apply them in my (your context) teaching n learning process.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad ke-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan Negara, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmoniaan negara.
Selain itu juga, pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer, multimedia, CD-ROM dan internet sudah pasti digunakan secara meluas dengan kawalan guru. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar manakala guru berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan pembekal maklumat. Pendidikan jarak jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif  dalam pendidikan kendiri.

3)      give examples.


Antara contoh yang kita boleh aplikasikan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu berdasarkan topik-topik tertentu dalam matapelajaran Sejarah dan Sains umpamanya boleh diberi sebagai tugasan projek yang mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Google dan Yahoo. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi  interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti E-mel, Facebook, Twitter, Instagram atau Blog. Contohnya kebanyakan pelajar pada zaman kini mempunyai akaun laman sosial seperti Facebook, maka laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran social dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti Wifi, rangkaian social seperti Facebook dan Twitter, enjin pencarian seperti Google dan Yahoo dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

No comments:

Post a Comment

TPACK ANALYSIS : The Crucial Factors To Intergrate Technology In Teaching And Learning

Antara faktor penting yang mendorong kepada perancangan mengintergrasikan penggunaan kemahiran teknologi dalam proses pengajaran dan pembel...